DAY 1

Sep 07 2018

Johor Bahru

MalaysiaMY

R&R Ayer Keroh

MalaysiaMY

Casa loma

MalaysiaMY

Selamat Pagi..❤️
Hari ini, kami ingin pergi ke Cameron Highland. Pada mulanya kami merancang untuk ke Pulau Pangkor. Oleh kerana, masa terlalu singkat untuk trip ini maka kami mengubah haluan.

Cameron Highland adalah antara hot spot kami. Selain udara yang nyaman, ada macam-macam aktiviti yang kita boleh lakukan di sana.

Casa loma

MalaysiaMY

DeBamboo Tower Steamboat,Grill & Steam Cameron Highlands

MalaysiaMY

Pasar Malam Golden Hill Cameron Highland

MalaysiaMY

Casa loma

MalaysiaMY

Kami sampai di Cameron Highland agak lewat kerana meredah hujan yang lebat. Mujur setibanya kami di sini hujan sudah agak reda.

Setelah berehat seketika kami keluar untuk makan malam walaupun agak awal sebenarnya tapi memandangkan kami hanya makan makanan ringan semasa perjalanan maka kami memilih untuk makan steamboat malam ini.

Kami memilih untuk makan di restoran steamboat yang agak popular di Cameron Highland iaitu DeBamboo Steamboat, Grill & Steam yang terletak di Kg Taman Sedia.

Restoran ini mengenakan bayaran sebanyak RM30 per orang. Makanan di sini biasa-biasa sahaja jika dibandingkan dengan restoran steamboat yang ada di Johor Bahru, cuma suasananya yang agak luarbiasa kerana makan di dalam cuaca yang agak sejuk. Mestilah chill bila buka mulut jadi berasap-asap gitewww weyyy. 😂

Selepas makan malam kami bergerak ke Pasar Malam yang baharu. Tapak pasar malam ini baru dipindahkan pada tahun 2017.

Kami memborong strawberry segar dengan harga yang agak murah. Harga strawberry di sini adalah mengikut saiz. Bagi yang bersaiz besar harganya adalah RM20 sekilo manakala yang bersaiz kecil ada yang berharga RM15 dan ada juga yang berharga RM10.

Selepas itu kami pulang semula ke hotel untuk berehat dan tidur.

DAY 2

Sep 08 2018

Hari yang indah..kami ke Gading Restoran untuk bersarapan pagi. Restoran Gading ini terletak di Kg Taman Sedia.

Pagi-pagi anak bujang kami telah makan Chicken Chop 😋

Selepas sarapan kami ke YZ Agro Farm untuk makan scone yang sangat sedap.

Kami lanjutkan lawatan ke Mardi Agriculture.
Kami pulang semula ke hotel untuk check out.

Casa loma

MalaysiaMY

Kampung Taman Sedia

MalaysiaMY

YZ Agro Farm & Café

MalaysiaMY

Agro-Technology Park Mardi Cameron Highlands

MalaysiaMY

Casa loma

MalaysiaMY

Selepas check out, kami pun pulang.

Tanah Rata

MalaysiaMY

R&R Tapah Southbound

MalaysiaMY
Share to SNS
Link copied.
Paste it somewhere!